MACAM-MACAM cara dilakukan penonton konsert demi berebut tempat di hadapan pentas bagi mengikuti persembahan artis kegemaran termasuk memakai lampin pakai buang.
Penyanyi Olivia Rodrigo mendedahkan pernah terhidu bau hancing dari bahagian tempatnya berdiri ketika rancak menyanyi di konsertnya.
Pelantun lagu Drivers License itu menyifatkan perkara itu sebagai tindakan biasa penggemar tegar yang takut kehilangan tempat terbaik mereka terutama jika dapat berdiri di barisan hadapan.
“Saya memang dapat hidu bau air kencing seseorang ketika konsert sedang berlangsung. Mereka berbuat demikian untuk kekal di tempat sama,” katanya.
Secara tidak langsung, Rodrigo mengesahkan tindakan yang hangat diperkatakan kaki konsert dalam laman sosial bukan sekadar gurauan.
Trend peminat memakai lampin pakai buang ketika persembahan mega penghibur tersohor dilaporkan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini semata-mata mahu mengelakkan mereka ke tandas. – HIBGLAM
