PELAYARAN bertemakan kulinari terbaharu StarCruises yang menampilkan cef selebriti kesayangan Malaysia, Datuk Chef Wan, di atas kapal persiaran Star Voyager dari 22 hingga 25 Mei 2026 mendapat sambutan hangat sempena musim cuti sekolah baru-baru ini.
Pelayaran tiga malam dari Pelabuhan Klang ke Phuket dan Pulau Pinang itu dianjurkan dengan kerjasama restoran miliknya, De.Wan 1958.
Kolaborasi tersebut menawarkan pengalaman gastronomi eksklusif di laut termasuk demonstrasi masakan secara langsung, sesi santai bersama Chef Wan serta hidangan istimewa ciptaannya.

Malam terakhir pelayaran menjadi antara kenangan paling istimewa apabila ramai tetamu beratur panjang di restoran The Lido di atas kapal untuk menikmati hidangan khas Chef Wan selepas sesi demonstrasi masakan.
Restoran tersebut turut menyediakan seksyen halal yang diperakui bagi memberi keselesaan kepada tetamu Muslim.
Chef Wan turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama tetamu, menjadikan suasana lebih meriah dan meninggalkan pengalaman indah buat keluarga serta peminatnya.
Seronok tengok peminat saya yang datang. Dulu saya buat tiga resipi dan kali ini, saya kongsikan lagi tiga resipi dengan para cef di kapal ini.
“Rasa macam saya memiliki restoran ‘floating’ ketika saya berlayar kali ini. Lagi seronok apabila dapat terus memperkenalkan masakan Melayu kepada para penumpang atas kapal,” kata Chef Wan.
Sementara itu, Presiden StarDream Cruises, Michael Goh berkata, pihaknya sangat gembira dengan sambutan menggalakkan terhadap ‘kepulangan’ Chef Wan ke atas kapal persiaran Star Voyager.

“Kami berbesar hati dapat mengalu-alukan Chef Wan sekali lagi untuk pelayaran khas musim cuti sekolah dari Pelabuhan Klang ini.
Pengalaman kulinari kini menjadi elemen penting dalam dunia pelancongan, dan kerjasama ini mencerminkan komitmen kami dalam mencipta percutian yang lebih imersif dan bermakna, yang menyatukan tetamu melalui makanan, budaya dan pengalaman yang dikongsi bersama.” katanya lagi.
Selepas kejayaan ini, Star Voyager akan meneruskan pelayaran dari Singapore Cruise Centre di Singapura bermula 31 Mei hingga 26 Jun 2026 dengan pelbagai pilihan destinasi menarik.
Ini termasuk pelayaran dua malam ke Pulau Pangkor atau Pulau Tioman, pelayaran tiga Malam ke Pulau Pinang serta pelayaran lima malam ke Vietnam meliputi Nha Trang dan Ho Chi Minh City.
Pelayaran dari Singapura ini akan terus mengetengahkan gabungan istimewa StarCruises merangkumi sajian kulinari, hiburan dan aktiviti mesra keluarga, menawarkan percutian laut yang penuh kenangan kepada para tetamu di seluruh rantau ini. – HIBGLAM
