2
ISU artis dilabel sombong bukan perkara baharu dalam media sosial, sudah lapuk pun tetapi entah kenapa kembali menjadi bualan ramai baru-baru ini.
Diva ada lihat senarai artis yang netizen dakwa sombong bila bertemu, banyak juga nama dipetik dan yang paling teruk dilabel sebagai sombong ialah Mira Filzah dan ramai lagi.
Setahu Diva, Mira memang agak pendiam tetapi tidaklah sampai sombong.
Namun, ingatlah ya, artis juga manusia, adakalanya emosi juga berantakan disebabkan penat atau masalah lain.
Sabarlah ya Mira, tidak perlu pun nak berbalah untuk pertahankan diri dengan netizen.
DIVA: Tidak dinafikan ramai artis baharu sekarang ada yang mula hidung tinggi selepas satu drama meletup.
