‘Saat buku bertemu ruas’ – Eira Syazira ‘bekap’ suami?

“SAAT buku bertemu ruas.”

Demikian perkongsian pelakon, Eira Syazira berkaitan peribahasa Melayu membawa makna dua pihak yang bertemu dengan lawan sepadan, seimbang atau sama hebat.

Biarpun tidak menyebut nama individu tertentu, hantaran dalam platform Threads miliknya itu mencetuskan spekulasi apabila dikatakan ditujukan kepada jurulatih kecergasan, Tareq Fit.

Hal itu disebabkan pempengaruh terbabit berbalas kenyataan dengan suaminya, Azad Jasmine susulan teguran berkenaan tayang aurat isteri yang nyata melibatkan Eira.

Kemudian penyampai radio itu mengaitkan ibu Tareq apabila menggelarnya sebagai pelayan pusat hiburan atau GRO yang mencetuskan perdebatan maya.

Ada dalam kalangan pemerhati menempelak tindakan tersebut, namun ramai menyebelahi Azad memandangkan lawannya juga ‘menarik’ ahli keluarga orang lain dalam teguran diberikan.

Menerusi ruangan komen di Threads Eira atau nama lengkapnya, Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 41,
netizen turut bersetuju dengan tindakan Azad.

“Seorang saja kata kat mak dia, dia tak fikir berapa ramai bini orang, berapa ramai suami orang, ayah orang yang dia sotong-kan, yang dia gay-kan, yang dia kata tak berguna! Elok saja orang bagi sedas kat mak dia. Mengelupur kata mulut orang celupar,” tulis netizen.

“Dear Azad, walaupun awak haprak jingga badut sarkis kepala dungga, dalam hal ini tolong hentam Tareeq lagi. Saya sokong,” kata pemilik akaun Threads lain.

Sebelum itu Tareq meluahkan rasa kecewa apabila Azad Jasmin memanggil ibunya dengan gelaran melampau yang didedahkan menerusi paparan tangkap layar memaparkan perbualan mereka.

Lelaki itu juga menegaskan tidak pernah membuka aib sesiapa secara terbuka sebelum ini, namun terpaksa bersuara kerana isu tersebut sudah melampaui batas.

Terdahulu, nama Tareq mula diperkatakan selepas secara terbuka menitipkan pesanan kepada beberapa selebriti tanah air termasuk usahawan, Khairul Aming dan Kamal Adli. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok