‘Not bad’ – KJ ikut resipi viral roti john daging

TIDAK mahu ketinggalan, penyampai radio Khairy Jamaluddin mengakui dia antara individu yang mencuba beberapa resipi viral dalam media sosial Ramadan ini.

Menurut Khairy, 49, antara resipi yang dicubanya di rumah ialah roti john daging.

Saya pun ada menonton video resipi viral daripada Khairul Aming dan ramai lagi pempengaruh dalam media sosial.

“Antara menu yang saya cuba buat ialah roti john daging, rasanya ‘not badlah’,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Katanya, dia memilih untuk membuat roti john daging kerana inginkan rasa mengikut kehendak sendiri.

“Saya cuba buat sendiri sebab kadang-kadang kita nak ikut selera sendiri.

Ada yang terlalu manis dan ikut jenis sos. Jadi, saya buat sendiri untuk buka puasa.

“Peniaga di bazar Ramadan pula tak boleh nak ikut apa yang kita suka sebab mereka masak dalam kuantiti yang banyak dan semua itu ‘ready made’,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok