‘Jangan bandingkan, hargai apa suami sudah buat untuk kita’

TINDAKAN mengupah tiga pengasuh jadi perdebatan, pelakon Datin Intan Najuwa memohon orang ramai bertenang berhubung perkongsiannya sebelum ini.

Malah, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, memaklumkan pendedahan mendapatkan khidmat ramai pembantu bagi menghargai usaha suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman.

Jangan marah-marah okey. Saya kongsi mengenai pengasuh sebab buat soal jawab.

“Itu juga momen kecil yang saya mahu hargai apa yang suami saya sudah lakukan buat saya,” katanya dalam Threads.

Pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu turut menasihati orang ramai agar sentiasa positif dan bersyukur dengan apa yang ada.

Bila kita berkata yang baik-baik, insya-Allah kita tenang. Itulah apa saya amalkan selama ini.

“Ayuhlah jadi baik bersama-sama dan bergembira menjadi ibu serta hargai tidak kira apa sahaja yang suami kita lakukan.

Sayangi apa yang awak ada sekarang tanpa membandingkan. Saya doakan semoga semua sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia selalu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Intan mendedahkan suaminya mengupah tiga pengasuh bagi membantu menjaga anak sulung mereka, Imane Lunara.

Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberikan nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok