Nabila Razali umum bakal timang bayi lelaki, suami bagi ‘hint’ nama Muhammad

KANDUNGAN sudah mencecah lapan bulan, penyanyi Nabila Razali mendedahkan bakal menimang anak lelaki yang dijangka dilahirkan Januari tahun depan.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata, dia kini sudah boleh membeli barangan keperluan selepas mengetahui jantina bayi.

“Alhamdulillah, dah tahu ‘gender baby’. Tak nak sabar nak shopping barang bayi.

“Terima kasih buat semua yang hadir meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr’ malam semalam,” katanya dalam Instagram.

Menerusi hantaran video, difahamkan acara istimewa tersebut diadakan di kediaman mereka di Rawang yang turut dihadiri keluarga, kenalan serta rakan artis.

Nabila dan Nik Iruwan yang berpakaian sedondon berwarna putih, sama-sama mencucuk belon yang mengeluarkan potongan kertas rona biru petanda bayi lelaki.

Suaminya juga dilihat sempat menyebut nama Muhammad sambil menggosok kandungan Nabila.

Sebelum itu penyanyi juga pelakon berkenaan hanya mengesahkan kehamilannya kepada umum sekitar bulan lalu, selain mengakui masih bekerja biarpun kerap keletihan.

Malah pada Khamis lalu dia turut tampil membawakan Tangis ciptaan Naim Daniel dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) di Studio 1 Glenmerie.

Tidak lolos sebagai finalis Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), namun persembahannya mendapat pujian apabila mampu mengawal vokal biarpun sarat hamil.

Terdahulu, Nabila dan Nik Iruwan, 39, melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok