‘Jangan terima’ – Peminat bantah Son Ye-jin bintangi Scandal

PELAKON Son Ye-jin bakal menggalas watak utama dalam naskhah terbaharu berjudul Scandal.

Peminat bintang terkenal itu bagaimanapun menentang keras kerana naskhah tersebut dipercayai menyelitkan kandungan seksual kerana diadaptasi daripada filem Untold Scandal.

Tambahan pula, sutradara E J-yong yang sebelum ini mengarahkan filem dewasa lain seperti Eungyo dan Somebody.

Kenapa Son Ye-jin, tolonglah jangan terima,” nasihat peminat.

“Pelakon semua sudah terbaik tetapi kenapa semua K-Drama sekarang kena ada unsur seksual?” ujar pengikut aktres itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok