BUKAN mudah untuk buat pendengar galau dengan sesebuah lagu tetapi itu yang berjaya dilakukan Ernie Zakri baru-baru ini.
Rata-rata netizen memuji lagu Masing Masing ciptaan komposer Indonesia, Ade Govinda itu yang disifatkan hebat kerana berjaya menyentuh jiwa pendengar
Dilabel sebagai antara lagu galau terbaik tahun ini, ada juga yang berkongsi emosi mereka terbawa-bawa mengenangkan kembali detik pedih putus cinta apabila mendengar karya yang dimuatkan dalam album terbaharu Ernie iaitu Aura.
“Meremang bulu roma setiap kali dengar lagu ini. Terima kasih hasilkan lagu galau yang berkualiti.
“Mesej lagu ini sangat realistik, bersama tidak selalunya menjadi keputusan yang tepat.
“Pergi bukan kerana ego tetapi hanya ingin menghargai pengorbanan diri sendiri,” puji segelintir netizen dalam TikTok. – HIBGLAM