Arwah ada cakap, masanya mungkin tak lama.
Demikian kata isteri Allahyarham Tia Jinbara, Suzan Ahmad dalam nada sayu namun meredai pemergiaan suami tersayang.
Katanya, pada hujung hayat suaminya, lelaki itu sepertinya tidak mahu berrenggang dengannya. Sayu namun reda menghadapi pemergian Tia Jinbara, isterinya Suzan Ahmad berkata keadaan suaminya yang sepe
“Keadaannya agak lemah pagi semalam malah beberapa kali menghubungi saya yang ketika itu menguruskan hal rawatannya di Hospital Selayang.
“Apabila kembali semula ke wad, dia nampak gembira tetapi dia tidak lagi dapat berbual macam biasa, cuma mahu saya mengenggam tangannya.
Malam tadi, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, di sini, pukul 9.17 malam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Farhana (Puteri Gunung Kenyalang) itu disahkan menghidap barah hati genap seminggu lalu selepas mengalami sakit perut yang kronik serta sesak nafas.
Sebelum ini, Tia, 52 menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah pagi ini dan akan dikebumikan sebelum zuhur. – HIBGLAM