Khai Bahar kemalangan, hajat pujuk ibu tak kesampaian

PENYANYI, Khai Bahar berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke kampung, awal pagi tadi.

Penyanyi asal Kangar, Perlis itu berkata, dia tidak sempat mengelak tayar lori yang tiba-tiba muncul di tengah lebuh raya.

Berita buruk itu dikongsi Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin itu menerusi Instagram Story.

“Bulan ini sahaja sudah beberapa kali balik Perlis.

Tapi kali ini tak dapat sampai perlis sebab terlanggar tayar lori tengah lebuh raya,” tulisnya yang turut berkongsi gambar kereta BMW putih miliknya dibawa ke bengkel.

Kemalangan tersebut turut membantutkan hasratnya untuk membawa ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 61, menjalani rawatan di hospital.

“Alhamdulillah tiada benda serius.

Sesi nak pujuk mak pergi hospital gagal kali ini,” tulisnya lagi.

Usaha HibGlam mendapat perincian tentang keadaan sebenar ketika kejadian tidak berjaya apabila Khai gagal dihubungi.

Tahun lalu, penyanyi Bayang itu pernah memaklumkan ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok