Jangan samakan dengan tudung RM5 awak – Alyah

PENYANYI Datin Alyah berang dengan tindakan seorang individu memperlekehkan usahanya mengeluarkan koleksi tudung terbaharu yang disifatkan sebagai penghinaan.

Katanya, pihak dimaksudkan seakan tidak berpuas hati apabila berterusan mencari kekurangannya untuk dijadikan bahan umpatan.

“Saya ini cuma berniaga tudung, rasanya tak kacau sesiapa pun.

“Janganlah samakan tudung ini dengan tudung RM5 awak.

“Kalau tak nak beli janganlah menghina. Kalau nak hina lebih daripada itu pun boleh, tapi saya sedar diri ini hamba Allah SWT yang mencari rezeki di buminya,” katanya menerusi perkongsian Instagram

Menurut penyanyi Sesal Separuh Nyawa tersebut, individu sama juga suka mencerca bentuk fizikal dan penampilannya seolah-olah diulit rasa dengki yang tidak berkesudahan.

“Badan saya adalah hak saya. Sebelum ini, masa saya besar, macam-macam hinaan saya dapat dan selepas kurus pun ada lagi yang menghina.

“Kamu sebenarnya cemburu dengan kecantikan saya yang Allah SWT bagi. Penyakit hati namanya tu. Semoga Allah SWT melindungi kira daripada kejahatan dan fitnah akhir zaman.

“Rambut saya panjang dan keselesaan saya memakai kain yang dililit di kepala yang buat rasa lebih nyaman dan mengurangkan migrain pun  tak kacau sesiapa.

“Baju yang saya pakai ini baju lama ketika berat lebih 60 kilogram pun tak kacau sesiapa. Nak kata saya pergi menjaja depan rumah orang atau depan kedai orang pun tak,” ujarnya.

Lebih membuatkan isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu berasa kesal adalah apabila pihak terbabit melakukan perbuatan itu di dalam rumahnya.

“Satu saja saya nak beritahu, awak mengumpat saya di dalam rumah saya tau. Terima kasih Allah SWT,” katanya dalam nada sinis. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok