Debut solo Chuu menjadi

SELEPAS ditendang keluar daripada kumpulan LOONA pada tahun lalu, penyanyi Chuu muncul dengan debut solo yang sunguh memberi impak terhadap kariernya.

Lebih menakjubkan, album solo yang dilancarkan pada 18 Oktober lalu mendahului carta album iTunes seluruh dunia selama dua hari berturut-turut.

Sejak dilancarkan, album tersebut turut mengungguli carta album di 15 negara dan wilayah serta memasuki 10 tangga teratas di 27 negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK).

Mini album pemilik nama sebenar Kim Ji-woo yang berjudul Howl mempunyai lima buah lagu, termasuk My Place dan Howl.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok