Lee Sun-kyun diberkas polis kerana dadah

BINTANG popular filem Parasite, Lee Sun-kyun kini berada dalam tahanan polis selepas disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah.

Berita tersebut disahkan  syarikat pengurusan HODU&U Entertainment selain memaklumkan, Sun-kyun masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Mereka turut menyatakan pelakon berusia 48 tahun itu menjadi mangsa ugutan seorang individu tidak dikenali yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

“Kami ingin memohon maaf atas isu membabitkan Sun Kyun dan benar, dia kini dalam tahanan polis bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan dadah.

“Sun Kyun ada menerima ugutan daripada seseorang berkaitan dengan kes itu dan kami sudah memfailkan agar perkara itu disiasat.

“Kami akan mengambil tindakan tegas jika maklumat palsu atau berniat jahat dibuat terhadap pelakon kami,” kata  wakil syarikat pengurusan aktor berkenaan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok