Rasa macam haiwan jalanan, keluarga Shila Amzah bakal dihalau?

PERKONGSIAN status penyanyi, Syada Amzah dalam Instastory miliknya yang seakan-akan memberi gambaran bakal ‘dihalau’ keluar dari kediaman yang didiami bersama keluarga menuai tanda tanda ramai.

Menerusi hantaran itu, Syada atau nama lengkapnya Nursyuhada Amir Amzah, 25, bertanya tentang rumah untuk disewa.

“Mana nak cari rumah sewa? Saya, Caca (anak buah), abang, ibu dan anak bulus (kucing) perlukan tempat tinggal tidak lama lagi,” tulisnya.

Tidak terhenti di situ, adik kepada penyanyi, Shila Amzah itu turut memuat naik satu lagi hantaran dengan mendakwa seseorang tidak dikenali datang untuk ‘melihat’ kediaman yang menjadi tempatnya dan ibu tersayang, Fauziah Sarman berlindung selama ini.

“Tiba-tiba hari ini ada seseorang datang nak tengok dalam rumah.

“Sedangkan tidak ada letak apa-apa papan tanda untuk jual pun. Gilalah, rasa macam kita ini haiwan jalanan. Tanpa ada sebarang notis.

“Dah kena buang kena halau lagi. Genius betul,” katanya.

Pengurus kepada Syada ketika dihubungi Kosmo! Online bagaimanapun memaklumkan buat masa ini, penyanyi itu enggan memberikan sebarang komen berhubung status yang dikongsikannya.

“Buat masa sekarang, Syada tidak ada apa-apa komen berhubung status yang dikongsikan. Terima kasih,” ujar pengurus kepada Syada. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok