TIDAK saling mengikuti dalam media sosial, penyanyi Kwanghee tampil menafikan dakwaaan hubungannya dengan penyanyi, Siwan kini dingin.
Jelas Kwanghee, hubungan mereka berdua baik-baik sahaja dan alasan mengapa dia berhenti mengikuti Siwan dalam media sosial hanya kerana ingin kelihatan eksklusif.
“Kami tidak bergaduh, saya hanya mahu kelihatan eksklusif pada masa itu. Ramai selebriti mempunyai sifar pengikut di akaun Instagram mereka, bukan? Saya juga mahu berbuat demikian.
“Saya ada memberitahu Siwan secara langsung bahawa saya akan berhenti mengikutinya dalam mana-mana platform sosial media.
“Jumlah pengikutnya melebihi jumlah pengikut saya pada satu ketika dan saya sangat kecewa, dia akan sertai Squid Game musim kedua, pasti lagi ramai pengikut dia dan saya tidak pasti sama ada boleh melihatnya dengan mata kepala saya sendiri,” ujarnya berseloroh.