Nad Zainal nafi dah bersalin

PETALING JAYA – Saya masih di sini. Belum bersalin.

Demikian penjelasan pelakon Nad Zainal berhubung dakwaan dia selamat bersalin.

Pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu memaklumkan perkara tersebut dalam hantaran Instagramnya.

“Tiap kali buat siaran langsung, orang akan terkejut dan tujukan pelbagai pertanyaan seperti ‘bukan sudah bersalinkah?’ ‘Nad sihat? Kenapa mengah? Sudah beranakkan?’

“Belum, sibuk mencari rezeki. Bila sudah trimester ketiga, kita akan fokus perniagaan,” katanya.

Isteri kepada aktor Ungku Ismail itu menjadi bualan hangat apabila kini sarat berbadan dua.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu memilih untuk menutup mulut mengenai desas-desus kehamilannya.

Sebelum itu, Nad pernah memilih untuk merahsiakan pernikahan dengan Ungku Ismail, namun hanya mengumumkan sudah bergelar isteri kepada aktor berkenaan sekitar seminggu kemudian iaitu pada 29 Januari lalu.

September tahun lalu, pelakon filem Kami Histeria itu turut mengejutkan ramai apabila mengakui sah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang dikahwini sejak 18 September 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok