PELAKON jelita, Zahirah MacWilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto terbaharunya yang mengenakan hijab.
Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31,memuat naik beberapa foto dalam akaun Instagram ketika berlibur di Bali.
Sepetang yang cerah di Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Dalam foto tersebut, Zahirah menggayakan blaus labuh bersama hijab berwarna coklat.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah rakan-rakan selebriti.
Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira melihat imej baharu isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu.
“Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mira Filzah dan Hannah Delisha.
Netizen pula berpendapat pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu kelihatan sangat cantik apabila berhijab dan berharap dia kekal istiqamah.
“Seronoknya tengok awak semakin cantik bila berhijab. Semoga kekal istiqamah,” komen netizen. – HIBGLAM
