‘Juri perlu cari ‘angle’ lain kupas dengan peserta’

“TIDAK semestinya juri perlu menjadi (datang dari latar belakang) seorang cikgu.”

Demikian kata guru vokal dan penyanyi Datuk Syafinaz yang berpendapat individu duduk di kerusi juri mana-mana pertandingan tidak semestinya perlu menjalankan tugas sebagai guru dan perlu mengajar para peserta ketika memberi komen.

Menurut Syafinaz, juri juga tidak semestinya perlu memberi komen secara teknikal sebaliknya boleh mencari ‘angle’ lain berkaitan persembahan para peserta.

“Adakalanya mungkin bahasa teknikal agak sukar untuk disebut kerana bukan sesuatu yang digunakan dalam pertuturan harian.

“Tapi kita boleh ambil input dari pengalaman barisan juri muda seperti di Big Stage Rocketfuel. Sebenarnya, kadang-kadang saya sendiri pun ada orang komen sebab cakap terlalu teknikal dan sukar untuk faham.

“Jadi untuk juri, mungkin perlu fikirkan ‘angle’ tertentu untuk dikupas kepada para peserta yang bertanding. Tak akan nak cakap benda sama setiap minggu,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia berkata, setiap juri juga perlu melakukan sedikit ‘research’ dalam pelbagai elemen termasuk muzik, persembahan, penyampaian emosi, tarian dan bagaimana cara bawa diri atas pentas kepada para peserta.

“Macam saya sendiri yang sudah bertahun-tahun jadi juri, adakalanya saya pun tidak tahu apa lagi nak cakap kepada para peserta sebab sudah beritahu semua.

“Contohnya, ada perkara yang sudah cakap pada pertandingan lain kemudian program lain pula perlu komen isu lain.

“Kadang-kadang kita kena ulang benda yang sama cuma isu macam perkara asas seperti berkaitan muzik, pitch, tempo dan semua itu memang tak boleh nak lari,” jelasnya.

Sebelum ini, kemunculan Syafinaz menjadi juri jemputan dalam program Big Stage Rocketfuel minggu lalu mendapat pujian ramai kerana memberi komen berbentuk mengajar kepada para peserta bertanding. HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok