PENYANYI dan pengacara Azeva terkejut apabila terdapat individu mendakwa dirinya mengalami gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD).
Pemiliki nama penuh Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, itu berkata, isu berkaitan kesihatan tidak sepatutnya mudah didiagnosis oleh mana-mana individu terutama hanya dengan melihat perilaku seseorang dalam media sosial.
“Eh, ada orang tulis dalam satu hantaran Threads, ‘Azeva sama seperti suami saya yang ada ADHD’.
Akak, macam itu saja ke saya kena diagnos? Tak eloklah diagnos saya begitu.
“Pada awalnya saya baca okey, tiba-tiba samakan dengan suaminya yang ada ADHD. cakap elok-elok sikit kak. Takkanlah saya kena diagnos macam itu saja dalam Threads?” katanya dalam sebuah video.
Katanya, dia tidak menyangka dilabel secara tiba-tiba oleh individu tidak dikenali dalam media sosial.
“Saya baca hantaran Threads dengan perasaan gembira.
Nak baca nasihat orang, rupa-rupanya saya pula kena diagnosis,” katanya lagi.
Tambahnya, wanita tersebut turut menyenaraikan beberapa persamaan antara suaminya dengan Azeva.
“Dia kata, suami dia kalau suka satu makanan atau minuman, makan dan minum benda itu saja.
“Okey, mungkin bukan ADHD tetapi memang dia suka benda itu saja. Nak buat macam mana?”ujarnya.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga memberitahu suaminya sering berbicara tentang perkara rawak yang dikatakan sama seperti dilakukan Azeva setiap kali membuat siaran langsung media sosial.
“Lepas itu suami saya tiba-tiba suka cakap perkara rawak dan berbicara seorang diri.
Saya fikir, benda itu jadi sebab mungkin suaminya banyak idea dalam otak yang hendak diperkatakan,” kongsinya.
Sebelum ini, Azeva yang juga anak kepada penerbit dan pengarah, Datuk A. Aida itu sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat ‘gila-gila’ dan berkongsi pelbagai pengalaman lucu setiap kali membuat siaran langsung. – HIBGLAM
