Erra, suami nak buka ladang tebu pula

SEJAK mendirikan rumah tangga penghujung tahun lalu, macam-macam gelagat lucu dan romantis dilakukan pasangan merpati dua sejoli, Erra Fazira dengan Ezwan Zain.

Terbaharu, Erra, 52, dan Ezwan, 45, meluahkan hasrat untuk memiliki ladang tebu satu hari nanti.

Idea tersebut tercetus selepas Erra dan Ezwan melakukan aktiviti memproses tebu untuk mendapatkan jus asli.

“Nanti kalau kita dah tua, saya nak miliki kebun sendiri. Mahu tanam pokok tebu,” kata Ezwan.
Erra turut menyokong idea tersebut selain meminta suaminya mencari tanah segera untuk membuka ladang.

“Kita kena rancang cepat sayang.

“Sebelum isteri awak masuk umur nyanyuk, beli tanah tepi sungai setengah ekar dan buat kebun,” seloroh bintang filem Pasrah itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok