PENGACARA tersohor Aznil Nawawi atau mesra disapa Pak Nil sekali lagi menjadi sasaran kritikan, kali ini melibatkan gaya pemakaian yang dianggap terlalu feminin.
Kendatipun dipuji bijak mengemudi program Talk To My Manager musim kedua, ada sahaja suara sumbang mempertikaikan penampilan dirinya.
“Setiap minggu pelik tengok pakaian Pak Nil, pakaian lelaki sejati ke macam tu?” sindir seorang netizen.
Namun tidak kurang juga tampil mempertahankan figura legenda itu. Ada menyuarakan bahawa fesyen tidak mengenal jantina, selagi menutup aurat dan tidak melanggar batas, semuanya wajar diterima.
Diva hanya mampu geleng kepala, dahulu sibuk tanya siapa boleh ganti Pak Nil, kini apabila masih relevan, penampilan pula dijadikan isu.
Begitulah lumrah dunia hiburan, tidak pernah sunyi daripada penilaian. Hakikatnya, keberanian Pak Nil bereksperimen dalam gaya menjadikan dirinya unik dan kekal segar.
DIVA: Seronok layan senarai lagu dalam album The First Wave daripada Alpha, segar!
