‘Dah berlaku dalam keluarga, saya memang tolak poligami’

Nama Edika Yusof kembali menjadi sebutan apabila prinsip hidupnya menyentuh hati ramai. 

Mana tidaknya, aktor berusia 59 tahun itu secara terbuka menyatakan pendirian menolak poligami, bukan kerana emosi semata-mata, tetapi berakar daripada pengalaman melihat sendiri penderitaan ibu suatu ketika dahulu.

“Saya memang tolak poligami. Saya tolak sebab perkara itu pernah berlaku dalam keluarga saya,” katanya.

Lebih mengagumkan, bintang filem Maria Mariana itu membuktikan cinta bukan sekadar kata-kata apabila menghabiskan lebih 15 tahun hidup bersama isteri tercinta yang lumpuh separuh badan. Kesetiaan itu membuatkan netizen melabelnya ‘lelaki kiriman syurga’, malah ramai wanita mengidam pasangan sepertinya. 

Walau pernah melalui detik getir hingga hampir berpisah, rumah tangga tersebut kembali pulih dengan kematangan luar biasa. 

Diva tabik! bukan semua lelaki mampu memikul amanah sebesar itu tanpa goyah. 

DIVA: Tak sabar menanti karya baharu Aina Abdul berjudul Sadis pada 19 Jun nanti, harap menusuk jiwa.


Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok