Thalita berbakat, ‘beauty with brain’

BARU berusia 13 tahun tapi Thalita berjaya membuktikan dirinya memiliki bakat yang harus diketengahkan kepada umum.

Meraikan hari jadi ke-13 tahun baru-baru ini, ramai memuji kecantikan yang dimiliki anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah itu.

Kata netizen, meski baru setahun jagung usia, kecantikan dan suara yang dimilikinya semakin persis ibunya.

Iyalah, mana tidak tumpah kuah kalau bukan pada nasi. Tetapi Diva tidak nafikan bakat yang dimilki Thalita memang besar dan jangan sesekali disia-siakan.

Namun, paling Diva puji ialah Thalita yang kerap juga berkongsi keputusan ujian atau peperiksaan yang diraihnya.

Kebanyakannya markah yang tinggi, jadi tidak salah kalau nak gelarnya ‘beauty with brain’.

Ligat dengan aktiviti nyanyian tetapi pelajaran tetap nombor satu ya. Semoga kerjaya seni berkembang mekar.

DIVA: Harap Thalita akan muncul dengan satu single yang sama hebat seperti Siti Sarah satu hari nanti.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok