412
AKTOR Song Joong-ki dikatakan membeli sebuah kondominium mewah di Hawaii berharga sekitar AS$2,300,000 atau RM11 juta.
Menurut laporan, nilai kondominium bintang Descendants Of The Sun itu dijangka terus meningkat berikutan pembangunan pesat di kawasan tersebut.
Secara keseluruhan, pelakon berusia 38 tahun itu sudah memiliki tiga buah kediaman di Seoul, Korea Selatan, selain Rom dan terbaharu di Hawaii.
Buat masa ini Joong-ki dilaporkan tinggal di Rom, Itali selepas kelahiran anak lelaki pertamanya pada Jun lalu.
Setakat ini, peminat masih tertanya-tanya, bagaimana dekorasi rumah baharu Joong-ki.