Pandainya Aina Abdul masak, ramai terhibur

SEJAK akhir-akhir ini, rancak pula Aina Abdul buat konten memasak.

Pada awalnya Diva ingatkan hanya sekali tetapi rupa-rupanya ramai pula seronok melihat Aina memasak.

Bahkan ada yang mula mencadangkan pelbagai menu untuk Aina masak. Lucu betul.

Kata peminatnya, Aina ada bakat untuk menjadi pencipta kandungan cuma perlu rajin buat siaran langsung dan melayan peminat.

Harap Aina kekalkanlah momentum membuat peminat terhibur dalam media sosial dan terus hasilkan lagu-lagu berkualiti ya.

DIVA: Berbulu pula Diva dengan perangai artis muda kuat berangan!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok