Parent-preneurs : The Power Duo peluang tamnah pendapatan

JENAMA lampin bayi pakai buang Drypers dan tisu Vinda memperkenalkan Parent-preneurs: The Power Duo, sekali gus memperluaskan lagi platform berteraskan keibubapaan dengan memperkukuhkan sokongan jenama ke arah konteks kehidupan keluarga yang lebih menyeluruh.

Ketika keluarga moden semakin menitikberatkan kecekapan dan kualiti dalam kehidupan seharian, kedua-dua jenama ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada penjagaan bayi, malah turut melihat keperluan pembersihan rumah, rentak rutin harian serta peranan komuniti yang semakin penting dalam membentuk kehidupan berkeluarga.

Platform ini juga bertujuan membantu ibu bapa mengubah perkongsian dan penglibatan harian kepada peluang menjana pendapatan yang lebih praktikal.

Bukan sekadar pelancaran dwi-jenama, kolaborasi ini mencerminkan maklum balas yang lebih luas terhadap perubahan landskap keibubapaan masa kini, di mana penjagaan bayi, rutin rumah tangga, pengaruh cetusan pencipta kandungan dan peluang menjana pendapatan praktikal kini saling berkait rapat.

Berlangsung di Pusat Persidangan dan Acara The Vertical Connexion di Bangsar, acara sehari ini menghimpunkan kira-kira 700 rakan afiliasi, ibu bapa yang mencipta kandungan dan keluarga.

Para tetamu serta pihak media diberi peluang untuk melihat secara dekat produk terbaharu Drypers yang baharu dan dipertingkat serta rangkaian Vinda Deluxe Kitchen.

Atur cara majlis turut diserikan dengan sesi rangkaian pencipta kandungan, aktiviti keluarga yang interaktif, persembahan khas Aisha Retno serta sesi perkongsian oleh Pakar Perunding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik, Dr. Mimi Wong.

“Di Vinda, matlamat kami adalah untuk memudahkan kehidupan seharian keluarga melalui kaedah yang bermakna.
Tahun lalu, Drypers melancarkan Power of Parent-preneurs untuk menyokong ibu bapa melalui produk berkualiti serta panduan yang lebih jelas untuk mereka berkongsi pengalaman tentang produk dipercayai.

“Tahun ini, kami mengembangkan idea tersebut dengan menyatukan Drypers dan Vinda di bawah satu platform yang mencerminkan realiti kehidupan berkeluarga hari ini.

“Selain sokongan produk harian, kami ingin memberi peluang yang praktikal kepada ibu bapa untuk menjana pendapatan dengan menjadikan pengalaman dan testimoni sebenar kepada penyertaan bermakna dalam ekonomi pencipta kandungan serta ekonomi gabungan.

“Inilah teras yang menjadikan Parent-preneurs: The Power Duo amat bermakna,” kata Yapp Pau Ling, Ketua Pengurus untuk Vinda Malaysia.

Majlis dimeriahkan dengan pesembahan penuh bertenaga Aisya Retno yang kian mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Dari penjagaan bayi ke pembersihan rumah dan daripada perkongsian harian kepada peluang menjana pendapatan
Parent-preneurs: The Power Duo Parents mencerminkan peralihan besar dalam kehidupan berkeluarga masa kini.

Ibu bapa bukan lagi sekadar membuat keputusan dalam rumah tangga, malah mereka kini mencorak perbualan, mempengaruhi cadangan pembelian dan membina komuniti yang dipercayai berdasarkan rutin serta pengalaman hidup sebenar.

Dengan menggabungkan pelancaran produk, peluang affiliate dan penglibatan secara langsung dalam satu acara, platform ini bukan sahaja membantu ibu bapa dalam kehidupan seharian, malah memberi laluan yang lebih praktikal untuk mereka menukar perkongsian pengalaman sebenar kepada peluang menjana pendapatan.

Ini menjadikan ‘Parent-preneurs’ bukan sekadar satu konsep, tetapi sesuatu yang lebih dekat dengan realiti kehidupan harian.

Teras kepada Parent-preneurs: The Power Duo adalah naratif produk yang dibentuk oleh dua realiti harian iaitu ibu bapa mahukan penjagaan terbaik untuk bayi mereka dan memerlukan penyelesaian praktikal bagi menguruskan kesibukan berkeluarga.

Selain kemudahan dan prestasi, kedua-dua jenama ini berpegang teguh kepada kualiti dan jaminan keselamatan. Produk dapur Vinda diperbuat daripada pulpa asli 100%, manakala Drypers menggunakan bahan selamat yang memenuhi piawaian keselamatan EU serta bebas daripada bahan berbahaya.

Ini memberikan keyakinan tambahan kepada ibu bapa bahawa setiap produk dihasilkan menepati tanda aras kualiti dan keselamatan yang diiktiraf.

JENAMA lampin bayi pakai buang Drypers dan tisu Vinda memperkenalkan Parent-preneurs: The Power Duo, sekali gus memperluaskan lagi platform berteraskan keibubapaan dengan memperkukuhkan sokongan jenama ke arah konteks kehidupan keluarga yang lebih menyeluruh.

Ketika keluarga moden semakin menitikberatkan kecekapan dan kualiti dalam kehidupan seharian, kedua-dua jenama ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada penjagaan bayi, malah turut melihat keperluan pembersihan rumah, rentak rutin harian serta peranan komuniti yang semakin penting dalam membentuk kehidupan berkeluarga.

Secara keseluruhan, inovasi produk ini mencerminkan matlamat yang lebih besar, iaitu memberikan sokongan praktikal yang membantu meringankan beban harian dan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa di rumah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok