437
SPEKULASI perkahwinan antara pelakon Jo In-sung dengan bekas juruhebah iaitu Park Sun-young hangat menjadi bualan netizen, baru-baru ini.
Namun, pihak agensi aktor itu, IOK Company menafikan dakwaan berita yang disifatkan tidak berasas tersebut.
“Kami mengesahkan bahawa khabar angin itu (perkahwinan) tidak benar sama sekali.
“Jo In-sung tidak merancang untuk berkahwin dengan Park Sun-young dan mereka tidak bercinta,” kata wakilnya.