Aku Pilih Pelangi, uji kesetiaan Mira Filzah

JIKA mahu menonton sebuah naskhah cinta seorang isteri terhadap suaminya diuji, Aku Pilih Pelangi adalah pilihan terbaik ketika ini.

Drama terbitan Viu Original tersebut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique.

Naskhah arahan Riza Baharudin tersebut bakal membuatkan ramai menitiskan air mata melihat bagaimana seorang isteri iaitu Nayla lakonan Mira mempertahankan rumah tangga selepas suami tercinta, Firdaus (Zahiril) kehilangan deria penglihatan.

Lebih mencetuskan konflik, kemunculan semula dengan cinta pertamanya iaitu Iskandar menggugat kesetiaan Nayla terhadap suami.

Aku Pilih Pelangi juga menjadi naskhah yang membuatkan ramai mula teringatkan cinta monyet zaman persekolahan.

“Cerita ini buat teringat kepada cinta pertama di sekolah menengah, terkenang.

“Rasa macam akan sedih gila cerita ini. Takut nak tengok, risau bengkak mata,” ujar netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok