One Piece gah, Zoro digilai ramai

JIKA anda peminat komik One Piece, pastinya akan ternanti-nanti untuk menonton drama terbaharu terbitan Netflix, One Piece yang mula ditayangkan sejak 31 Ogos lalu.

Naskhah lapan episod tersebut mengisahkan pengembaraan sekumpulan anak muda dikenali Lanun Bertopi Jerami diketuai oleh Monkey D. Luffy lakonan Inaki bagi meneroka lautan dan daratan untuk mencari harta karun ‘One Piece’.

Karya hasil cetusan idea penulis manga popular, Eiichiro Oda itu meraih pelbagai respons peminat, namun rata-rata memuji usaha pengarah merealisasikan cerita komik menjadi drama bersiri.

Selain naskhah itu sendiri, satu daripada watak utama, Roronoa Zoro lakonan Mackenyu menjadi kegilaan ramai sehingga tular dalam media sosial.

Kebanyakan memuji ketampanan Mackenyu yang merupakan pelakon asal Jepun dan sering terlibat dalam filem atau drama adaptasi komik.

Sehingga hari ini, One Piece kekal gah tersenarai sebagai 10 naskhah popular dalam Netflix.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok