Mantap! Leona kena saman pun masih tersengih

KALAU ditanya tentang pempengaruh yang paling berpengaruh, mungkin Kasih Iris Leona adalah salah seorang daripadanya.

Mungkin belum sehebat Khairul Aming tetapi ketenangannya berdepan situasi menerima surat saman daripada pihak berkuasa membuatkan ramai kagum!

Perkara tersebut dipaparkan Leona dalam sebuah video TikTok dengan memegang sekeping surat saman daripada pihak berkuasa.

Saya dapat saman pertama,” katanya.

Meski tidak memaparkan secara terperinci mengenai surat saman tersebut, ramai mendakwa berkaitan dengan kesalahan pemanduannya.

“Ini pertama kali tengok orang terima surat saman dengan muka tersenyum.

“Weh dia kena saman pun tenang, kalau kita dah mengamuk!” kata netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok