‘Wajarkah mengungkit? Saya tak buat sebarang provokasi selepas nikah’

DRAMA kian berpanjangan, anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim mempersoalkan tindakan yang dipercayai buat madunya, Umisya yang membangkitkan sejarah lama sebelum pernikahannya dengan Ahmad Aslam.

Marissa, 20, mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukan selain menegaskan tidak pernah melakukan tindakan bersifat provokasi sejak bergelar isteri.

“Adakah wajar untuk terus membangkitkan perkara-perkara sebelum perkahwinan sedangkan saya tidak melakukan apa-apa selepas itu?,”

“Saya mengakui salah dan khilaf. Saya tidak mengganggu atau melakukan sebarang provokasi selepas bernikah,” katanya dalam Threads.

Lebih mengejutkan, Marissa mendakwa tidak menerima hak sebagai seorang isteri yang sepatutnya tetapi memilih untuk berdiam diri dan tak menuntut apa-apa.

Malah, saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa,” ujarnya.

Dia turut menyuarakan kekesalannya terhadap segelintir pihak yang menggunakan kelemahan dirinya sebagai umpan untuk meraih sokongan ramai.

“Adakah kita benar-benar perlu mencari sokongan dengan mendedahkan kelemahan seseorang?,” soalnya.

Sebelum ini, Umisya mendedahkan sudah melakukan segala usaha dan tanggungjawab sebagai isteri termasuk memberi teguran kepada suami serta menasihati pihak ketiga agar tidak meneruskan hubungan sulit.

Dia juga pernah meminta keluarga pihak wanita untuk membuat laporan polis bagi menghalang suaminya daripada terus mengganggu anak mereka.

Semalam, Aslam dan Marissa hadir di mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang dibuat sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan sama dan sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan difahamkan rujuk sekitar Jun tahun sama.

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023 yang ketika itu sudah pun bergelar suami Umisya pada Julai 2020.

Pasangan itu juga pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok