Bukan saya, lain benar wajah – Mekyun

LAIN benar muka saya.”

Demikian penegasan pempengaruh Mekyun yang tampil menafikan dakwaan merangkul lengan personaliti media sosial terkenal, AndrianMrPov.

Menjelaskan situasi sebenar, Mekyun atau nama lengkapnya Wee Yun Nee, 29, menegaskan foto yang tersebar luas itu hanyalah hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan bukannya gambar asli.

Cuma nak jelaskan, gambar yang tengah tersebar ini AI ya, bukan saya.

“Harap kalian jangan sesuka hati guna AI untuk buat dan kongsi benda macam ini,” katanya dalam Threads.

Ujarnya, mereka yang mengenali peribadinya pasti sedia maklum  prinsip yang dipegangnya selama ini terutama dalam menjaga maruah diri.

Siapa yang kenal saya tahu saya memang jaga batas bab ini. Terima kasih atas pemahaman,” katanya lagi.

Rata-rata menyatakan rasa simpati terhadap Mek Yun selain mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu yang sengaja menjana imej palsu tersebut.

“Alahai, kasihan Mekyun. Netizen pun janganlah fanatik sangat ya, tak baik tau,” ujar peminat.

“Dah agak mesti ada yang bodoh melebih-lebih sampai kena menjana gambar AI. Tak hormat privasi orang langsung,” tegas seorang lagi pengikut.

Sebelum ini, keakraban wanita Tionghua asal Kelantan dan AndrianMrPov mula menjadi bualan hangat netizen selepas tular video mereka keluar makan bersama sehingga ramai ‘merestui’ sekiranya pasangan itu menjalin hubungan cinta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok