Amelia Henderson macam Barbie hidup!

SELALUNYA musim perayaan adalah peluang untuk melihat ramai selebriti tanah air menyarung busana indah dan didandan jelita.

Pada hari raya tahun ini, Amelia Henderson boleh dikatakan antara artis wanita yang menuai pujian ramai.

Anggun menyarung busana hijau bertemakan ‘matcha strawberry’, Amelia bertambah manis dengan menyelit sekuntum bunga di telinga. 

Penampilannya membuatkan ramai terkesima bahkan ada netizen menyamakan Amelia persis aktres terkenal iaitu Thalia yang popular menerusi telenovela Mexico, Rosalinda.

“Macam Rosalinda! Sejuk mata tengok orang cantik muncul dalam media sosial.

“Ini manusia atau anak patung Barbie?” puji netizen.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok