5
RAMADAN bulan menahan lapar dan dahaga, juga menguji sabar, namun tahap kesabaran Diva hampir luruh ketika menghadiri sebuah majlis dan sempat menemu bual seorang artis lelaki baru-baru ini.
Ketika sesi temu bual berlangsung, Diva dan beberapa rakan media saling berpandangan. Bau kurang menyenangkan menusuk rongga hidung, mematikan fokus.
Puasa memang mencabar, namun kumur-kumurlah dahulu sebelum berdepan khalayak.
Bab kebersihan diri bukan perkara remeh. Bergelar figura awam menuntut disiplin, puasa atau tidak, kebersihan terutama mulut perlu dijaga.
DIVA: Naik kasihan pula dengan nasib artis kaki scam tu, mungkin salah pilih suami, merasa meringkuk dalam jel!
