PENGACARA dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan satu pilihan buat dirinya, meskipun berdepan tekanan penampilan sebagai figura awam.
Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 31, dia lebih percayakan pendekatan rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi, tanpa perubahan drastik pada wajah.
“Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, saya tidak menafikan bahawa komen tentang penampilan merupakan satu cabaran yang perlu saya hadapi.
“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan,” katanya.
Namun jelas Hawa, tekanan tersebut tidak seharusnya menjadi penentu kepada keputusan besar melibatkan wajah dan identiti diri.
“Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang. Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada. Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik,” ujarnya.
Dalam pada itu, sebagai Duta Estika Medispa, Hawa melihat rawatan anti-aging moden sebagai satu langkah pencegahan yang bijak, membantu mengekalkan seri dan keanjalan kulit secara progresif dan selamat
Estika Medispa yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya, menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif dengan fokus kepada penggunaan teknologi terkini bagi membantu pelanggan mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit tanpa prosedur pembedahan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa, Dr. Haq Wasa, trend kecantikan hari ini semakin menjurus kepada hasil yang semula jadi dan berperingkat.
“Kami menggalakkan pencegahan awal. Dengan rawatan yang konsisten dan bersesuaian, keperluan untuk prosedur invasif boleh diminimumkan,” katanya.
Sepanjang 11 tahun beroperasi, Estika Medispa telah membantu mencantikkan lebih daripada 100,000 kulit wajah rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam industri estetik bukan invasif di negara ini.
Kolaborasi bersama Hawa Rizwana bukan sekadar pelantikan duta, sebaliknya membawa mesej bahawa kecantikan boleh diurus secara bijak, selamat dan berperingkat tanpa perlu mengorbankan identiti atau kecantikan semula jadi seseorang.
