4
RASA menyampah, pelakon Cara Delevingne kini mengurangkan masa menggunakan media sosial kerana menyifatkan algoritma Instagram dan TikTok serba tidak kena.
Katanya, lambakan hantaran tidak diingini muncul di dinding laman sosial boleh memberi tekanan mental terhadap pihak yang tidak inginkan konten sedemikian.
Delevingne yang turut terlibat dalam program kemasyarakatan, Women of Worth menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar jangan mengundang masalah kepada diri sendiri.
“Kalau algoritma menyajikan konten yang sebenarnya kita enggan lagi lihat, elakkan saja. Jauhi sosial media atau kurangkan tempoh melayari laman tersebut. Semudah itu. Jangan menekan mental sendiri,” katanya.
