Saya di belakang tabir, bantu isteri – Aslam

STATUS pekerjaan masih dipersoalkan netizen, pempengaruh Ahmad Aslam menegaskan dia tidak pernah tidak sesekali membiarkan dua isteri mencari rezeki sendirian sejak awal perkahwinan.

Ahmad Aslam atau nama lengkapnya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 26, berkata, perkara dibangkitkan netizen merupakan hal peribadi namun terpaksa diperjelaskan bagi menoktahkan spekulasi liar.

“Terima kasih atas keprihatinan netizen terhadap rumah tangga dan kehidupan saya. Soal pekerjaan sebenarnya urusan profesional dan peribadi saya.

“Tapi apabila dah jadi spekualsi tanpa fakta yang hanya memaparkan tahap pemikiran insan begini, mari saya cerita sikit.

“Saya bina kerjaya dari bawah, sejak diploma kumpul pengalaman, cuba bisnes, pernah buat Grab dan berniaga bersama isteri sejak awal perkahwinan sampai sekarang,” katanya dalam hantaran di Threads.

Menerusi perkongsian lain, suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan dan Marissa Dania Hakim itu memilih untuk berada di belakang tabir perniagaan yang diusahakan bersama isterinya.

“Dalam situasi sekarang, saya sedar diri dengan memilih untuk tidak ke depan sebaliknya isteri yang mengurus dan menjadi wajah bisnes kami.

“Saya tetap ada di belakang tabir untuk membantu isteri-isteri saya. Sekian dari saya untuk rakyat sekalian alam. Malu  cakap panjang,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu memuat naik ciapan di Threads yang mendakwa hanya Umisya dan Marissa sahaja rajin berniaga di platform jualan secara siaran langsung.

“Aku tengok siang malam, yang pertama dan kedua (isteri) rajin buat siaran langsung.

“Yang lelaki (suami) sampai ke hari ini tertanya-tanya kerja apa,” katanya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen lain berpihak kepada Ahmad Aslam dengan menyatakan bukan semua perkara perlu dikongsi terutama dalam kehidupan poligami.

“Dia dah tolong isteri berniaga pun kira okey, tak biarkan isteri meniaga sendirian. Bukan isteri tanggung hidup dia 100 peratus. Benda boleh fikir. Cuma dengan isteri nombor dua tak pernah nampak dia meniaga sekali. Nanti kalian pula mengata dia,” tulis seorang pengguna Threads.

Untuk rekod, Ahmad Aslam menikahi Umisya pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga cahaya mata, manakala perkahwinan dengan isteri kedua, Marissa juga anak pelakon Abby Abadi berlangsung pada 27 Disember 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok