BUANG dunia dan fokus akhirat.”
Demikian maklum balas pelakon Nora Danish terhadap hantaran dibuat bekas suaminya, Nedim Nazri yang berkongsi situasi turun naik perniagaan ketika Ramadan.
Kata Nora atau Nora Mohd. Danish Hanif, 43, sepanjang bulan penuh barakah ini, Allah memperintahkan umat Islam untuk memberikan lebih tumpuan terhadap ibadah.
Sebab Allah nak kita fokus pada ibadah,” ujarnya.
Terdahulu menerusi Threads, Nedim bertanyakan kepada umum mengenai keadaan perniagaan sepanjang bulan puasa.
Menurutnya, perniagaan dilihat agak perlahan ketika Ramadan berbanding pada bulan lain.
“Saya pelik, kenapa bulan puasa saja semua perniagaan macam perlahan dan tak berapa nak jalan?” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen senada dengan Nora selain berterima kasih atas teguran ikhlas yang turut memberi peringatan kepada orang lain.
“Sekarang dah dapat jawapan yang betul-betul membuka minda kenapa sekarang ni berniaga kadangkala perlahan di bulan Ramadan. Bermakna kena seimbang antara mencari rezeki dan ibadah,” kata netizen.
Terdahulu, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera hidup bersama, pasangan itu bercerai talak satu pada 19 Jun 2024, namun tetap menjalin persahabatan yang baik. – HIBGLAM
