ABANG An (Azhan) memang baik sangat hati dia.”
Demikian luahan pelakon Ummi Nazeera yang memuji keperibadian aktor Azhan Rani.
Ummi memaklumkan Azhan merupakan individu yang bertanggungjawab membantunya memenuhi impian mencium Hajar Aswad.
“Allah, memang sangat luar biasa. Alhamdulillah untuk insan macam ini.
Masa saya pergi Mekah, ada penggambaran dengan dia, dialah yang tolong saya untuk cium Hajr Aswad.
“Masa itu memang ramai sangat orang, hampir mustahil rasanya.
“Saya pula kecil saja kan tapi Abang An tanya dulu ‘Ummi nak cium Hajr Aswad tak?’,” ujarnya lagi.
Pujian Ummi itu menyusul selepas tularnya perkongsian seorang pemilik restoran yang mendedahkan kebaikan Azhan Rani terhadap anak pelakon Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail.
Dalam perkongsian tersebut, pemilik restoran itu memuat naik tangkap layar Azhan yang bersungguh-sungguh mahu membelanja makanan buat Andre semasa di tahan di wad.
Terdahulu, jenazah Andre selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas disolatkan di Masjid Al Khairiah Keramat AU3.
Sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Amyza seterusnya sekali lagi diuji pada Ramadan tahun ini apabila Adrian, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang. – HIBGLAM
