Ramai wanita kirim gambar ketiak mereka, minta saya ‘check’ – Fazley Yaakob

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan menerima banyak gambar ketiak wanita selepas dia menyuarakan pandangan mengenai isu kebersihan menjaga bahagian badan tersebut dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut Fazley, 48, dia tidak menyangka ruangan mesej media sosialnya dibanjiri dengan foto ketiak wanita yang kebanyakannya bertanya pendapatnya sama ada kelihatan bersih atau sebaliknya.

“Nak jawab soalan ini buat saya berpeluh sedikit. Sebenarnya selepas saya muat naik tentang isu wanita berkulit putih dan memiliki ketiak bersih, ramai wanita yang mengirim foto gambar sebegitu kepada saya.

“Mereka bertanya sama ada ketiak tersebut bersih atau tidak dengan menunjukkan foto milik mereka sendiri atau orang lain.

“Perkara tersebut membuatkan saya sendiri tak tahu nak beri sebarang komen kepada mereka,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada majlis Jwanjih Kenyang RR2026 TV3, di sini baru-baru ini.

Fazley memberitahu dia juga memilih untuk tidak membalas setiap foto yang diterima dengan komen menghakimi sama ada ketika tersebut bersih atau sebaliknya.

“Saya tengok foto tersebut bukan dalam mood seksual sebab mereka tidak bertanya soal mengenainya.

“Mereka cuma tanya ‘ketiak macam ini bersih ke?’ dan saya cuma menjawab terima kasih sahaja.

“Saya tak jawab ya atau tidak sebab bagi saya perkara tersebut sangat sensitif,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu perkongsiannya mengenai isu ketiak bukan sengaja untuk membuatkan mana-mana pihak terasa hati sebaliknya bagi menyebar kesedaran untuk menjaga kebersihan diri sendiri.

“Memang ramai yang kecil hati selepas saya kongsi isu tersebut sedangkan bagi saya jaga kebersihan diri adalah satu keperluan.

“Kalau wanita yang pandai menjaga peribadi dalaman, luaran, pemikiran dan hatinya, insya-Allah dia pun pandai menjaga (ketiak) juga.

“Semua perkongsian saya adalah satu kiasan, kalau terasa, itu terpulang kepada individu berkenaan,” katanya lagi.

Terdahulu, duda anak empat berkenaan dalam platform Threads baru-baru ini menyuarakan beberapa sebab dia memilih untuk berjanji temu dengan wanita berkulit cerah, tidak terlalu kurus dan memiliki ketiak yang bersih.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan perkongsian tersebut namun ada juga melabelnya sebagai lelaki ‘pervert’ kerana menyuarakan mengenai ketiak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok