SEJAK akhir-akhir ini kecoh dalam media sosial mengenai kempen ‘tangkap orang Kelantan’ sehingga menjadi buah mulut netizen.
Ramai yang mula menjalankan operasi tersebut dalam media sosial dengan mencari mana-mana individu asal Kelantan yang hidup di perantauan.
Menerusi kempen itu, mana-mana individu yang dapat menangkap orang jati Kelantan akan diberikan ganjaran RM100 setiap seorang.
Sedar sedang menjadi sasaran, pempengaruh Mek Yun dan abangnya, Abewee memuat naik konten mula berjaga-jaga serta berusaha menjaga keselamatan kedua orang tua mereka.
Gelagat tersebut membuatkan ramai terhibur selain ada netizen berseloroh tidak berani untuk menangkap bapa Mek Yun yang merupakan bekas pegawai tinggi tentera.
“Kita lepaskan saja keluarga Kelantan yang ini, bapa dia pula bekas tentera.
Ini kalau dapat tangkap Mek Yun sekeluarga, kaya! Maaf Mek Yun, gurau saja,” usik netizen.
