‘Sabar, tunggulah…. Benda baik saya akan kongsi’ – Dayang Nurfaizah

DIDAKWA sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini, penyanyi Dayang Nurfaizah berjanji akan berkongsi sekiranya ada berita gembira.

Ujar pemilik nama penuh Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, itu lagi, lumrah anak seni sepertinya sering terpalit dengan spekulasi cinta dan perkara itu sukar dielakkan.

“Sebagai selebriti memang gosip-gosip seperti ini selalu ada dan tak boleh nak dielakkan.

“Kalau selalu nak elak kasihan pula semua peminat. Saya harapkan peminat  doakan yang terbaik

“Kalau benda yang betul dan boleh dikongsikan dengan peminat insya-Allah.

“Untuk peminat semua sabar dan tunggulah. Sudah tentu benda baik saya akan kongsikan kepada semua,” katanya menerusi temu bual radio.

Ditanya mengenai memiliki rantai sama dengan Hael, pelantun lagu Hari Ini itu berkata itu hanya kebetulan.

Kebetulan rantai ini jenama sama, bukan saya dan dia saja ada. Ramai orang ada.

“Dia salah seorang sahabat yang baik dan rakan duet yang serasi dengan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, spekulasi Dayang dan Hael dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Hael Husaini hangat diperkatakan pengikut setia mereka.

Malah, mereka juga didakwa sudah meningkat tali pertunangan namun Dayang memilih untuk tidak mengulas perkara itu.

Dayang turut menafikan khabar angin sudah menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok