MUDAH-MUDAHAN kamu bertemu jodoh, jangan biarkan masa berlalu sebab kehidupan ini singkat sebenarnya.”
Demikian nasihat sutradara tersohor Datuk Yusof Haslam buat menantu kesayanganya, Puteri Sarah Liyana yang sudah tiga tahun bergelar ibu tunggal.
Yusof, 72, turut berharap Puteri Sarah tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa teman hidup di sisi.
Kita kahwin dapat anak, besarkan anak, tahu-tahu dah berusia. Macam papa, tahu-tahu dah 72 tahun, kamu pun dah meningkat 40 tahun kan.
“Jadi, apa-apa sekalipun teruskan perjuangan dapat jodoh yang sesuai,” ujarnya dalam sebuah video mempromosikan baju raya.
Pada masa sama, pengarah drama Gerak Khas itu berkata, kunci kebahagiaan sesebuah perkahwinan terletak pada sikap tolak ansur dan profesionalisme pasangan.
“Lepas dapat jodoh, kita serahkan soal rumah tangga itu pada keadaan dan takdir.
“Tapi banyakkan bertolak ansur dalam kehidupan dan suami juga mesti lebih bersikap profesional.
Tidak boleh ego, meninggu diri. Mesti ada ‘give and take’ sebab tiada yang sempurna dalam rumah tangga. Masing-masing ada kekurangan.
“Papa doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun berpisah pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Summayah, 6.– HIBGLAM
