‘Mahu lelaki kaya, soleh, boleh bimbing saya’

TIDAK pernah serik dalam soal cinta, pempengaruh media sosial Ameera Khan sekali lagi secara terbuka berkongsi kriteria lelaki idaman untuk dijadikan pasangan hidup.

Ujar Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 26, ciri utama dicari bukan hanya kasih sayang, malah keupayaan lelaki tersebut menjaga serta membimbing dirinya ke arah lebih baik.

“Baik dan kaya. Itu paling penting bagi saya sebab lelaki perlu mampu jaga dan tanggung saya.

Saya juga mahukan lelaki soleh, boleh membimbing saya. Tolonglah bimbing saya,” katanya dalam TikTok.

Tambah adik kepada selebriti Neelofa itu, menghormati keluarganya turut turut menjadi keutamaan sebelum membuat keputusan serius dalam perhubungan.

“Saya cari seseorang boleh membimbing saya, sayang saya dan keluarga.

Dia mesti hormat saya, mommy, daddy, adik-beradik dan sepupu, terutama orang terdekat dengan saya,” ujarnya.

Ameera menjawab spekulasi netizen mendakwa dirinya sudah mempunyai kekasih baharu susulan hubungan bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol, dipercayai sudah berakhir.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan lelaki dikaitkan dengannya hanyalah rakan biasa.

“Gosip mana satu? Banyak sangat gosip sekarang. Itu kawan sahaja.

Kekasih saya sekarang pun belum tahu siapa. Kalau sudah ada nanti, saya akan kemas kini. Buat masa ini, saya belum buat keputusan,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial, rata-ratanya memberikan pandangan berbeza tentang keterbukaan Ameera menyuarakan kriteria pasangan.

“Sekurang-kurangnya dia jujur dengan apa dia mahu,” komen seorang netizen.

Tak salah pun nak lelaki bertanggungjawab dan boleh jaga,” tulis seorang pengguna lain.

“Yang penting bahagia dengan pilihan sendiri,” ujar seorang lagi netizen.

Untuk rekod, hubungan Ameera dan pelakon filem Ali Topan itu pernah berakhir sekitar Oktober 2021 selepas kedua-duanya saling berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan tersebut kembali menjalin hubungan dan dilihat semakin terbuka berkongsi momen mesra bersama.

Bagaimanapun, hubungan berkenaan didakwa berakhir buat kali kedua sekitar November tahun lalu apabila kedua-duanya kembali saling menyahikut dalam platform media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok