Matt Damon, Ben Affleck kawan susah senang

BERSAHABAT sejak zaman remaja di Massachusetts, seterusnya bertatih memburu impian bergelar pelakon di Hollywood menjadikan Matt Damon dan Ben Affleck sukar dipisahkan.

Walaupun kedua-duanya kini membina nama kukuh dengan deretan filem pecah panggung, kesukaran lampau yang dihadapi bersama-sama demi mengejar cita-cita tidak pernah dilupakan.

Sekali gus, baik Damon, 56, mahupun, Affleck, 54, mereka menghargai nilai persahabatan yang sudah berdekad terjalin sehingga masing-masing kini membina keluarga.

“Dalam bersahabat, kita kena jadi tulang belakang kawan tetapi andai dia tersilap langkah, bagi teguran. Sahabat adalah orang yang berada di sisi kita waktu susah dan senang.

Kami seperti kawan baik lain, ada pasang surut, bertelingkah atau bermasam muka, cuma bezanya segala pergaduhan sekejap saja. Kita rendahkan ego,” ujar Damon.

Dua rakan karib itu turut menubuhkan syarikat penerbitan bersama iaitu Artists Equity yang kini jadi perhatian menerusi filem aksi The Rip. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok