‘Kasihan, nasib baik teman wanita masih mahukan saya’

TEMAN lelaki pelakon, Nadia Brian iaitu Nedim Nazri terkedu apabila dituduh sebilangan netizen kononnya dia kini sudah tidak memiliki kewangan yang kukuh.

Lebih memeranjatkan, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri tidak menyangka ada dalam kalangan mereka yang percaya dirinya tidak lagi ‘berduit’ sehingga terpaksa menumpang kemewahan kekasihnya itu.

“Alamak, ada orang duk kata saya dah tiada duit.

“Kasihan saya, tapi nasib baik teman wanita (Nadia) masih mahukan saya lagi.

“Maaf sayang (merujuk Nadia), you kena bayar makan I,” demikian coret bekas suami aktres Nora Danish itu penuh sarkastik menerusi Threads.

Sementara itu, Nadia pula turut berkongsi semula hantaran tersebut dengan kata-kata semangat buat kekasihnya.

“Tidak mengapa. Sharing is caring. Rezeki semua daripada Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Nedim memuat naik foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen A little piece of my heart lives here (secebis hati saya tinggal di sini) di akaun IG miliknya sekali gus mencuri perhatian pengikut di media sosial.

Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun, rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan dan bercerai pada April 2020.

Manakala Nedim pula berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka juga dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok