5
SEBELUM ini tular dakwaan pelakon Dayang Areeda dan Hazeeq Dean pernah bercumbu dalam sebuah ‘photobooth’ kemudian isu itu menyepi.
Terbaharu, muncul pula aksi mereka berdua-duaan dalam beberapa video, sekali gus menguatkan dakwaan sedang hangat bercinta. Diva pun perasan, mereka nampak mesra cuma tak pastilah mengenai status hubungan yang terjalin.
Cuma kalau betul bercinta, Diva doakan yang terbaik dan harap takdelah terjerumus dengan perkara tak baik.
Tapi lebih baik jangan terlalu terbuka berkongsi dengan umum, risau tak jadi, malu pula.
DIVA: Belajarlah dari kesilapan artis lain, terlalu terbuka kongsi kemesraan, tiba-tiba putus kemudian marah bila dikecam.
