11
KETIKA netizen dalam TikTok dilanda demam program realiti, Indian Idol, pelawak yang juga anggota kumpulan Zero iaitu
Sharif membuatkan ramai tergamam apabila muncul menyanyikan sebuah lagu Hindustan.
Menerusi video tersebut, Sharif menuai perhatian dan pujian ramai apabila mendendangkan lagu Aankhein Khuli dari filem Mohabbatein.
Rata-rata netizen terpukau dengan kemerduan suara Sharif menyanyikan lagu tersebut tetapi dalam masa sama ada juga yang mendakwa dia hanya ‘miming’ sahaja.
“Eh sedap suara dia, boleh masuk Indian Idol wakil Malaysia.
“Tak tahu nak percaya atau tidak, kena tipu atau memang suara sebenar dia?
“Tak sangka Sharif ada suara yang sedap, masih terkejut,” komen netizen. – HIBGLAM
