‘Perkara yang berlaku itu sangat jijik, menakutkan’

PENYANYI dan pelakon Athalia mengakui masih terkejut dengan gangguan yang dianggapkan menjijikkan daripada suami kepada seorang pelakon wanita terkenal baru-baru ini.

Menurut Athalia, 22, yang juga anak kepada peyanyi Saarifah Zarina, meski masih dalam fasa terkejut, dia berusaha sedaya upaya untuk tidak mendedahkan identitikan lelaki tersebut walaupun diasak dengan banyak pertanyaan.

“Minggu saya dipenuhi dengan orang yang bertanya mengenai identiti lelaki itu tetapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak mendedahkannya.

Bukan kerana saya tidak mahu berkongsi tetapi perkara ini akan sangat mengejutkan memandangkan saya sudah lama rapat dengan seluruh keluarganya,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Menerusi perkongsian sama, bekas peserta program Talk To My Manager itu masih dibelenggu persoalan mengapa individu berkenaan sanggup melakukan perkata tersebut terhadapnya.

“Perkara yang berlaku baru-baru ini membuatkan saya rasa keliru, mengapa dia sanggup berbuat demikian kepada saya berbanding orang lain di luar sana.

Dalam erti kata lain, saya boleh dianggap seperti anak mereka sendiri dan perkara yang berlaku benar-benar menjijikkan serta menakutkan,” ujarnya.

Terdahulu, Sharifah Zarina berang apabila Athalia kerap diganggu suami seorang selebriti wanita popular sejak akhir-akhir ini.

Dia juga memberi amaran bagi memastikan individu berkenaan berhenti menganggu Athlia sekali gus bagi memastikan imej anak sulungnya itu tidak dilabel sebagai penyondol rumah tangga orang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok